Petua hitamkan rambut beruban

Petua hitamkan rambut beruban

Seorang kenalan dari India ada berkongsi petua tentang cara yang biasa mereka di India gunakan untuk menghitamkan semula rambut yang telah beruban.  Caranya sangat mudah tetapi memerlukan kita untuk mengamalkannya selalu sebanyak 2 ke 3 kali dalam seminggu.  Ambil semangkuk santan pekat yang diperah kemudian dicampurkan bersama segenggam daun kari dan juga halba. Setelah itu masakkan campuran tersebut di atas api yang sederhana sehingga mengeluarkan minyak. Setelah itu tutup api dan biarkan ianya sejuk atau hilang panasnya. Ambillah secukupnya untuk disapu keseluruh rambut.  Setelah rata, bungkuskan kepala dengan tuala selama 30 minit hingga satu jam. Selepas itu boleh lah di basuh dengan shampoo yang sesuai dengan kulit kepala anda. Baki minyak tersebut bolehlah di simpan di dalam peti sejuk dan hangatkan sedikit di atas api bila ingin menggunakannya.

line
footer
Powered by WordPress | Designed by Elegant Themes